CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 27, 2010

Sajak

Kota Mekah



Kota Mekah,
Namanya sungguh indah didengar,
Tempat penyucian dosa,
Manusia kunjungi ke Baitulllah mengharapkan maghfirah dari Allah,
Tempat untuk mendapat ketenangan jiwa,
Harapan mereka yang beriman untuk menjejakkan kaki ke Mekah,
Ia bagaikan Syurga bagi ummat Islam,
Cahaya mentari dan purnama,
Silih berganti menerangi seluruh kota Mekah,
Kaabah adalah kiblat kepada seluruh umat Islam,
Kemerduan suara azan dari Masjidil Haram tiada tandingannya,
Membuatkan manusia terpaku membisu,
Membisu kerana tersentuh dengan kesyahduan azan,
Merdunya meresap ke dalam jiwa,
Ia membuatkan jiwa menjadi tenteram dan tenang.


Kota Mekah,
Di sana terdapat ramai ummat Islam,
Mereka berada di sana semata-mata untuk beribadah,
Beribadah kepada Allah yang Maha Esa,
Beribadah dengan penuh keimanan dan kesungguhan,
Mereka hanya mendambakan keampunan dari Allah,
Harapan mereka agar pulang dengan Haji yang mabrur.

Sajak

Friday, January 22, 2010

Sajak

Doa Buat Kekasihku



Ya Allah,
Andai dikau takdirkan bahawa DIA untukku,
Andai DIA yang terbaik buatku,
Akan ku terimanya dengan hati yang redha,
Akan ku berusaha menjadi isteri solehah.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku amat menyintai dirinya,
Aku ingin sekali menjadi permaisuri di hatinya,
Biar seribu dugaan kau titipkan pada kami,
Biar ada yang cemburui percintaan kami,
Biar berlinangan air mata,
Tapi aku tetap menyintai dirinya.

Ya Allah,
Hatiku pedih dan fikiranku dalam kebuntuan,
Hatiku terluka dengan sikapnya yang penuh keegoan,
Mengapakah dirinya tidak pernah mahu menyelami hatiku,
Mengapakah diriku sering merindui belaian cinta darinya,
Merindui segala memori indah antara kami tika bersama,
Aku ingin sekali dirinya mengucapkan cinta padaku.