CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 22, 2010

Sajak

Doa Buat Kekasihku



Ya Allah,
Andai dikau takdirkan bahawa DIA untukku,
Andai DIA yang terbaik buatku,
Akan ku terimanya dengan hati yang redha,
Akan ku berusaha menjadi isteri solehah.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku amat menyintai dirinya,
Aku ingin sekali menjadi permaisuri di hatinya,
Biar seribu dugaan kau titipkan pada kami,
Biar ada yang cemburui percintaan kami,
Biar berlinangan air mata,
Tapi aku tetap menyintai dirinya.

Ya Allah,
Hatiku pedih dan fikiranku dalam kebuntuan,
Hatiku terluka dengan sikapnya yang penuh keegoan,
Mengapakah dirinya tidak pernah mahu menyelami hatiku,
Mengapakah diriku sering merindui belaian cinta darinya,
Merindui segala memori indah antara kami tika bersama,
Aku ingin sekali dirinya mengucapkan cinta padaku.

0 comments: